Servcorp Limited
Tersenarai di Bursa Saham Australia (ASX: SRV) sejak 1999. Servcorp ditubuhkan pada tahun 1978 di Sydney, Australia oleh Alf Moufarrige, CEO.
Perkhidmatan:
Penyelesaian Ruang Kerja Terbaik di Dunia. Beroperasi di 20 negara, 41 bandar dan di 150 lokasi di seluruh dunia, beberapa lokasi terkemuka Servcorp termasuk: Level 85, One World Trade Center in New York; Level 20, Marunouchi Trust Tower in Tokyo; Levels 18 & 19, Hilton Plaza West Office Tower in Osaka; Level 30, The Leadenhall Building in London; Level 26, Fortune Financial Center in Beijing; Level 36, Etihad Towers in Abu Dhabi; and Level 39, Marina Bay Financial Centre in Singapore.
Ibu Pejabat:
Level 63, 25 Martin Place, Sydney NSW 2000, Australia
Permodalan Pasaran:
AUD $350 juta (Disember 2021)
Ahli Lembaga Pengarah:
The Hon. Mark Vaile AO Pengarah Bukan Eksekutif, Servcorp Limited
Bekas Timbalan Perdana Menteri Australia
Wallis Graham Pengarah Bukan Eksekutif
Tony McGrath Pengarah Bukan Eksekutif
Alf Moufarrige AO Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas
Pada tahun 1976, usahawan En. Alf Moufarrige bersedia untuk memulakan perniagaan baru.
Pertama sekali, dia memerlukan ruang pejabat, penyambut tetamu dan sokongan setiausaha. Tidak lama kemudian dia menyedari kos-kos ini merugikan keuntungannya, malah pasukan dan ruang tidak digunakan 100%. Oleh itu dia cuba mengurangkan overheadnya dengan mencari orang lain untuk berkongsi sumber tersebut.
Pada tahun 1978, En. Alf Moufarrige menggunakan sebatang kapur untuk membahagikan ruang dalam sebuah pejabat di MLC Centre Sydney Australia - maka Servcorp pun dilahirkan! Idea ini mendapat sambut hangat dan berkembang secara organik. Dalam masa 12 bulan sahaja, 2 tingkat di MLC Centre telah dipenuhi, bersama dengan 1 lokasi di Melbourne.
Pertumbuhan stabil berterusan melalui pengenalan konsep Pejabat Maya pada tahun 1980 dan pengembangan ke negara lain. Seterusnya, Servcorp disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX) pada tahun 1999.
Kini semangat keusahawanan dan semangat En. Alf Moufarrige telah menerajui Servcorp untuk menawarkan Pejabat Persendirian, Pejabat Maya, Ruang Kerja Bersama dan Penyelesaian IT di 150 lokasi dalam 41 bandar, 20 negara.
Idea yang mudah boleh membawa kepada kejayaan besar. Di manakah idea besar anda akan datang? Kami yakin anda pasti akan mengubah tanggapan anda terhadap keupayaan sebatang kapur!
Kami ikhlas untuk membantu perniagaan anda berkembang dan berjaya, sebab kejayaan anda bermakna bahawa kami melakukan sesuatu dengan betul! Untuk tujuan ini, tumpuan kami adalah untuk menyediakan penyelesaian perniagaan untuk membantu anda menjimatkan masa dan wang, menawarkan keupayaan mudah alih dan fleksibiliti yang penting untuk menjalankan perniagaan anda di mana-mana, pada bila-bila masa.
Komitmen kami? Untuk menyediakan lokasi, kemudahan, teknologi dan orang yang terbaik dan penting untuk menjayakan perniagaan anda.
Pemeliharaan Alam Sekitar
Kami memandang tanggungjawab kami terhadap alam sekitar dengan serius, kami terus menyokong organisasi projek Pejabat Hijau yang membantu mengurangkan kesan kami terhadap alam sekitar. Servcorp telah menanam lebih dari 55,000 pokok dan 'Hutan Servcorp' kini meliputi kira-kira 480,000 meter persegi tanah serantau dan lebih besar daripada keluasan bergabung yang diduduki oleh rangkaian pejabat kami, secara global.
Menyumbang balik kepada masyarakat
Kami paling suka menyumbang kembali kepada masyarakat dan berkongsi kejayaan kami dengan orang lain. Servcorp telah lama menyokong organisasi seperti YoungCare, dan lokasi individu Servcorp sering terlibat dalam pelbagai aktiviti amal tempatan dan akitiviti pengumpulan dana atau aktiviti kesedaran. Baca lebih lanjut.
Pada tahun kewangan 2015, sepuluh tingkat baru telah dibuka dan enam tingkat telah diperluaskan. Ini merupakan tahun terbesar Servcorp dari segi pembesaran pejabat, dengan jumlah bersih sebanyak 645 pejabat ditambah.
Tambahan enam lantai lagi di seluruh dunia dalam tahun kewangan 2016 termasuk CapitaGreen di Singapura, World Trade Center di Abu Dhabi, dan Menara Ilham di Kuala Lumpur.
Kawasan Barangaroo yang dinanti-nantikan di CBD Sydney dibuka pada akhir tahun 2016. Lokasi Servcorp di Tingkat 35, International Tower 1 dalam pembangunan baru yang mewah ini dapat menikmati pemandangan panorama Sydney Harbour dan kawasan sekitarnya.
Amerika Syarikat adalah pasaran utama yang akan kami terus melabur masa dan usaha untuk mendidik pengguna tentang tawaran premium bagi ruang Kerja Bersama premium kami di One World Trade Centre yang sangat popular.
Servcorp akan terus mencari peluang premium di semua 20 negara di mana kami beroperasi.
Pengukuhan lanjut mesej Pejabat Maya Servcorp di kalangan komuniti perniagaan kecil dan usahawan di semua negara juga akan menjadi kriteria pertumbuhan yang berterusan.
Sedia untuk mengalami pengembaraan Servcorp sendiri?
Perniagaan anda boleh berkembang dan membangun bersama kami, dan kami bersedia untuk menyokong anda di setiap langkah.
Kami sangat yakin dengan kualiti, pasukan, lokasi, dan perkhidmatan kami sehingga anda boleh menyertai kami sekarang dengan terma mudah bulan demi bulan.
Servcorp Home, portal pelanggan unik kami, memberikan anda kawalan penuh atas semua Perkhidmatan Servcorp anda, dengan keupayaan untuk melihat invois anda secara atas talian untuk ketelusan kos sepenuhnya. Dengan Servcorp Home, anda boleh mengubah arahan pemprosesan panggilan anda atau membuat tempahan mesyuarat dengan segara di mana-mana lokasi Servcorp di seluruh dunia.
Servcorp Home juga menghubungkan anda dengan rangkaian kami yang terdiri daripada 50,000 ahli perniagaan, salah satu komuniti perniagaan terbesar di dunia. Jual produk atau perkhidmatan anda, promosikan acara anda, hadiri acara Servcorp, libatkan diri dalam perbincangan atau manfaatkan diskaun eksklusif Servcorp.
Tidak kira perkhidmatan profesional apa yang anda atau perniagaan anda perlukan di peringkat tempatan atau di seluruh rangkaian antarabangsa kami, Servcorp menyediakan segala yang anda perlukan.